4 Tanda Thermostat Rosak Pada Kereta | Ramai Tak Tau!

JenisKereta.com – Tanda Thermostat Rosak Pada Kereta merupakan perkara yang perlu diberi perhatian oleh pemilik kenderaan.

Thermostat kereta merupakan salah satu komponen penting dalam pengendalian sistem kenderaan.

Dari aspek teknikal, thermostat kereta berfungsi mengawal aliran cecair penyejuk atau air coolant dalam enjin.

Ia sekali gus membolehkan sistem enjin mengekalkan suhu yang betul dan enjin berada dalam keadaan stabil dan baik dalam pelbagai situasi.

Dalam kebanyakan situasi, thermostat kereta rosak boleh menyebabkan masalah kerosakan enjin yang serius seperti temperature kereta naik atau enjin kereta overheat.

Secara teknikal, sistem thermostat kereta tidaklah terlalu kompleks. Ia merupakan antara komponen yang paling ringkas dan mudah.

Ini bermaksud, sebarang kerosakan pada komponen ini yang boleh didiagnosis dan dibaiki sendiri.

Oleh sebab itu, JenisKereta menyenaraikan pelbagai tanda thermostat rosak pada kereta.

1. Ada Bunyi Bising atau Berdentum Pada Ruang Enjin Kereta

ada bunyi bising atau berdentum pada ruang enjin kereta
Ada Bunyi Bising atau Berdentum Pada Ruang Enjin Kereta

Tanda thermostat rosak pada kereta yang pertama ialah ada bunyi bising atau berdentum pada ruang enjin kereta.

Terdapat cara untuk mengesan masalah pada komponen kereta melalui bunyi-bunyi yang keluar dari enjin.

Bunyi seperti berdengung atau bersiul boleh menjadi petunjuk bahawa terdapat kerosakan pada komponen tertentu dalam kenderaan.

Contohnya, bunyi ketukan, mendidih, atau membobok dari enjin mungkin menandakan masalah pada thermostat atau komponen lain yang berkaitan.

Kegagalan thermostat atau komponen lain yang serupa boleh mengganggu prestasi enjin.

Oleh itu, pemeriksaan berkala diperlukan untuk mencegah kos pembaikan yang tinggi dan memastikan keselamatan kenderaan yang optimum.

2. Penggunaan Bahan Api Kereta yang Berlebih

tanda thermostat rosak pada kereta penggunaan bahan api kereta yang berlebih
Penggunaan Bahan Api Kereta yang Berlebih

Tanda thermostat rosak pada kereta yang seterusnya ialah penggunaan bahan api kereta yang berlebih.

Tanda-tanda kerosakan pada thermostat juga boleh dikenal pasti melalui peningkatan penggunaan bahan api yang lebih banyak daripada biasa.

Secara teknikal, thermostat biasanya tertutup ketika enjin dihidupkan sehingga mencapai suhu yang ditetapkan.

Ini membolehkan enjin mencapai suhu operasi optimum dengan lebih cepat.

Tetapi, jika terdapat kerosakan pada thermostat (thermostat terbuka terus), enjin mungkin tidak mencapai suhu yang diinginkan.

Ini boleh mengakibatkan penggunaan bahan api yang lebih tinggi untuk mencapai suhu operasi optimum enjin.

3. Temperature Enjin Kereta yang Lebih Tinggi atau Lebih Rendah

temperature enjin kereta yang lebih tinggi atau lebih rendah
Temperature Enjin Kereta yang Lebih Tinggi atau Lebih Rendah

Tanda thermostat rosak pada kereta yang seterusnya ialah temperature enjin kereta yang lebih tinggi atau lebih rendah.

Pada permulaannya, apabila anda menghidupkan kereta, tokok suhu enjin akan berada pada tahap yang sesuai untuk operasi optimum.

Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat kerosakan pada thermostat kereta, bacaan tokok suhu atau penunjuk suhu pada meter kereta mungkin menunjukkan peningkatan yang ketara atau berada dalam zon merah.

Masalah ini mungkin disebabkan oleh aliran cecair penyejuk yang terhalang atau terganggu menuju radiator, menyebabkan suhu enjin meningkat secara tiba-tiba.

Bagi sesetengah model kereta baru, lampu amaran enjin mungkin akan menyala untuk memberi amaran tentang kemungkinan kerosakan atau masalah pada bahagian enjin.

Adalah penting untuk segera memeriksa kereta anda jika lampu amaran ini menyala, dan adalah disarankan untuk tidak meneruskan pemanduan bagi mengelakkan kemungkinan kerosakan yang lebih serius.

4. Bahan Penyejuk Kereta atau Air Radiator Bocor

tanda thermostat rosak pada kereta bahan penyejuk kereta atau air radiator bocor
Bahan Penyejuk Kereta atau Air Radiator Bocor

Tanda thermostat rosak pada kereta yang seterusnya ialah bahan penyejuk kereta atu air radiator bocor.

Salah satu petanda utama kerosakan pada thermostat adalah kebocoran cecair penyejuk atau air radiator.

Biasanya, kebocoran air dari radiator disebabkan oleh terhalangnya atau terkurungnya komponen thermostat.

Seperti yang diketahui, fungsi utama air radiator adalah untuk menyejukkan enjin.

Namun, jika terdapat kerosakan pada thermostat yang menghalang aliran air radiator, air radiator akan melimpah keluar dari kawasan sekeliling thermostat.

Kebocoran air radiator yang ketara boleh dilihat dengan jelas melalui titisan cecair pada bahagian bawah kereta, terutamanya semasa kereta sedang berhenti.